Minggu, 26 Juli 2009

Jabbariyah (Jahmiyah)

Makna `al-jabar' ialah menafikan perbuatan hamba dan menyandarkan perbuatan itu kepada Allah Taala.

Pemikiran `al-jabar' bukanlah berasal dari pemikiran Arab. Ia telah dikemukakan oleh al-Ja'd bin Dirham dari kalangan Yahudi, kemudian telah di kemukakan pula dari al-Ja'd oleh Jahm bin Safwan.

Pemikiran ini tersebar pada awal pemerintahan Banai Umaiyah, hingga akhirnya menjadi sebuah mazhab. Kelompok Jabbariyah ini meinsbahkan diri mereka kepada Jahm bin Safwan, kerana beliau dianggap sebagai pendakwah besar aliran ini. Oleh itu, mazhab ini dinamakan juga dengan al-Jahmiyah.

Jahm adalah hamba kepada bani Rasib dari penduduk Khurasan yang bermukim di Kufah. Pidatonya telah meninggalkan kesan yang besar kepada para pengikutnya. Dan beliau telah muncul dengan mazhabnya di Tirmiz. Beliau telah menjadi menteri kepada Haris bin Suraij. Ketika beliau keluar memerangi Bani Umaiyah, dan tenteranya kalah di atas tangan Salim bin Ahwaz al-Mazini seorang yang diutus sebagai amil Bani Umaiyah di Khurasan. Manakala al-Jahm pula telah ditawan dan dibunuh pada tahun 128 Hijrah.

Asas-asas mazhab Jabbariyah
Insan itu digagahi /terpaksa di dalam perbuatannya.Manusia tida mempunyai kemampuan, kekuasaan dan ikhtiar. Allah Taala menciptakan perbuatan-perbuatan sebagaimana diciptakannya pada benda-benda mati (jamad).

(http://members.tripod.com/ahkam_2/FIRQAH/jabariah.html)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar