Minggu, 26 Juli 2009

Khawarij

Mereka adalah kelompok Islam yang paling kuat mempertahankan iktikad mereka dan begitu bersemangat terhadap pendapat mereka. Sikap taksub terhadap pemikiran ini mendorong mereka ke arah perlakuan yang memberi mara bahaya dan bersikap keras hati terhadap orang yang menentangnya.

Kemunculan aliran ini
Aliran ini muncul adalah disebabkan oleh perselisihan yang berlaku di antara Ali dan Mu'awiyah r.a.

Ketika peperangan sedang berkecamuk di suatu tempat bernama Shiffin, Mu'awiyah dan penyokongnya meminta diadakan majlis tahkim dengan Kitab Allah kerana khuatir tenteranya akan mengalami kekalahan. Para pengikut Ali berbeza pendapat terhadap tuntutan Muawiyah, di mana pada akhirnya mereka menerima diadakan Tahkim.

Ali r.a. talah memilih Abu Musa al-Asy'ari sebagai wakil dirinya dan kelompoknya. Manakala Muawiyah telah melantik Amru bin al-Ash sebagai wakil dirinya dan kelompoknya.

Kemudian bangkit sekumpulan tentera dari pengikut Ali. Mereka berkata: "Tahkim ini adalah salah. Kerana ini membawa makna kita syak mengapa kita berperang, di mana masing-masing berperang berdasarkan keyakinan masing-masing tentang kebenaran. Mereka berkata: "Tiada hukuman kecuali bagi Allah."

Mereka menuntut agar Ali berikrar terhadap kesalahan dirinya, bahkan mereka mengaggap kafir dengan menerima tahkim. Ali tidak menjawab tuntutan mereka. Lalu mereka bersepakat untuk keluar dari Kufah ke suatu kampung bernama Harura'. Ketika itu kelompok ini dinamakan dengan al-Haruriyah. Mereka diberi nama dengan Khawarij kerana mereka keluar dari imam Ali dan para pengikutnya.

Asas-asas mazhab Khawarij
1 . Pemerintahan Abu Bakar, Umar dan Usman adalah sah pada awalnya, namun ia wajib dipecat ketika Abu Bakar mengubah cara pemerintahan dan mendahulukan kaum kerabatnya.
2 . Pemerintahan Ali dianggap sah sehingga berlakunya Tahkim. Apabila dia dianggap sebagai salah, mereka mengkafirkannya, Abu Musa al-Asy'ari dan Amru bin al-Ash.
3 . Pemerintahan wajib dengan pilihan orang yang merdeka dari kalangan umat Islam, samada yang dipilih itu bangsa Quraisy ataupun hamba Habsyi. Dia tidak berhak untuk menarik diri/tidak menghukum atau menghukum/memerintah, Dia juga wajib tunduk dan patuh secara sempurna terhadap perintah-perintah agama. Jika tidak dia wajib dipecat.
4 . Amal itu adalah sebahagian dari keimanan, kerana mereka berpendapat bahawa iman itu adalah pembenaran dan amal. Setiap orang yang memaksiati (melakukan dosa) Allah Taala, maka dia adalah kafir. Semua dosa adalah dosa besar.
5 . Wajib keluar (menyisihkan diri) dari imam/pemerintahan yang zalim. Mereka tidak mengambil pendapat taqiyah sebagaimana Syiah.

Imam Ali r.a. memerangi golongan Khawarij dan mengalahkan mereka. Begitu juga dengan para pemerintah Bani Umawiyah dan Abbasiyah telah memerangi mereka, sehingga golongan ini pupus pada kurun ketiga Hijrah. Sudah tidak wujud lagi golongan ini kecuali golongan Ibadhiyah yang terdapat di Maghrib, iaitu kelompok Khawarij yang paling sederhana. Mereka lebih mendekati dengan ajaran Islam yang sebenar.
(http://members.tripod.com/ahkam_2/FIRQAH/khawarij.html)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar